Sunday 8 December 2013

Rub'ah dan Aku.

Berulang kali dalam hati ini sentiasa berzikir sesungguhnya aku tidak pernah menyesal kerana datang ke Mesir lebih awal berbanding rakan-rakan yang lain.


Ya, tidak pernah. Walaupun terpaksa pulang ke Malaysia dalam tempoh 3 kali lebih lama berbanding berada di Mesir, al-Hamdulillah aku kembali juga ke tanah ini. Bumi yg penuh debu, kesesakn yang memeningkan. Namun dijanjikan Allah akan keselamatannya,


 ادخل المصر انشاء الله امنين


24November/13
-----------------------------------
Pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Kuliyyah, aku berhenti di suatu tempat yang mana tiada satu kenderaan pun bergerak walau satu inci (sabiek). Jalan-jalan ditutup askariyun, menjadikan aku berada dalam dua persimpangan, ke Kuliyyah berjalan kaki atau pulang ke rumah.



Sambil aku diam memikirkan ke mana arah tuju, aku terus berjalan mencari punca kesesakan lalu lintas yang teramat ini. Mungkin di sana aku boleh tahan bas atau kenderaan awam lain untuk terus ke kuliyyah.


akhirnya aku sampai di sebuah jalan yang padanya terdapat sejarah besar hingga pernah mendapat perhatian dunia seluruhnya sampai ke hari ini.


Ya, inilah jalan yang membuatkan aku rasa tidak pernah menyesal kerana datang ke Mesir lebih awal berbanding rakan-rakan yang lain walaupun hanya satu bulan sepuluh hari. Rabiatul adawiya, Rub'ah.


Padanya terdapat sebuah kisah panjang perjalanan rakyat Mesir umumnya, menuntut keadilan demokrasi yang dilaungkan dan dikhianati sendiri oleh Barat dan menjadi contoh perhimpunan teraman di dunia, pernah disertai seramai tiga belas juta rakyat Mesir, namun dibantai dengan bedilan peluru yang dibekalkan oleh amerika dan sekutunya, tanpa ada serangan balas dari tiga belas juta rakyat tersebut.


Sejujurnya, bila aku berdiri di atas jalan ini. Jasad aku seakan ditarik, ruh aku seakan terbang melayang kembali ke masa lalu. Berdiri bersama rakan-rakan muslim yang lain. melompat, menjerit, berteriakan demi sebuah keadilan. Berzikir, membaca qur'an. Memperkukuhkan benteng Iman, menjaga saff-saff, agar tiada yang disisihkan. seakan bau syurga teramat dekat ketika itu. 


Dan sesungguhnya aku menjadi saksi, bahawa tiada kota pada bulan Ramadhan yang keadaannya seperti zaman kegemilangan Islam, hidup dengan sehidup-hidupnya. Dimuliakan kerana berkumpulnya orang-orang soleh. Pada siangnya mereka berpuasa, berdiri melaungkan hak keadilan, dan pada malamnya mereka beribadah seakan esok mereka pergi bertemu Tuhannya,. 


Bacaan al-qur'an, zikir al-mathurat sentiasa berselingan terpasang gema dari atas pentas utama. Ketika waktu berbuka, kelihatan mereka 'ithar' antara satu sama lain, berkongsi makanan yang sedikit dan ada yang cukup hanya dengan menjamah beberapa biji kurma. Pada sebelah malam, dataran ini kekal hidup dengan berkumpulnya orang ramai yang membentuk lautan manusia bagi menunaikan solat terawih juga qiyamullail.. 


Di dataran ini juga pernah didirikan sebuah Pentas yang telah dibakar oleh tentera kerana dikhuatiri akan meramaikan dan menyemarakkan lagi perhimpunan ini. Terdapat tokoh-tokoh ulamak terkemuka yang mengisi pentas ini dengan tazkirah, taujihat seperti al-fadhilat syeikh dr Yusuf al-Qorodhawi, ada juga yang mengucap (masuk islam) dengan bangganya secara terbuka di atas pentas. Bagi seniman-seniman terkenal, mereka juga turut mendendangkan nasyid, syair sebagai pembakar semangat kepada orang ramai.


Mereka ini bagai seorang Rijal, pemuda yang diharapkan. Sentiasa sabar, walau diasak al-Batil dengan pelbagai cara, mereka tetap yakin dengan Janji al-Haq. Seakan esok tiada lagi kezaliman, rampasan kuasa, dan dr Mursi akan kembali semula memimpin mereka, sebagai Perdana Menteri seperti yang sepatutnya. Itu semangat mereka.


Mereka ibarat sebuah bangunan, apabila satu-satu tiang lemah, roboh. Maka akan hancurlah bangunan tersebut. Makanya mereka berusaha menjaga kesemuanya bersungguh-sungguh, perhatikan satu persatu tiang, tampung mana yang lemah, supaya akhirnya terbina sebuah menara manusia, yang laungannya mampu menggegarkan tentera, genaralnya as-Sisi, bahkan dunia seluruhnya. juga termasuk dalang-dalang sebalik perancangan ini, Yahudi LaknatulLah... Ya, itulah Mukmin. Orang yang beriman.


Tiba-tiba ada sesuatu yang mengejutkan aku dari lamunan itu, kelihatan sebuah masjid yang lawa, baru di cat dan dalam proses pembaik pulih. Ya, itulah masjid Rub'ah. Masjid yang dibakar sekali dengan penghuni, dan ditahan ambulan dari memasukinya. Berpuluh orang syahid di dalamnya. Allaahhh.. Masjid yang dikawal rapi oleh polis juga askariy. Tutup rapat pagarnya. Tiba-tiba datang perasaan semacam semangat, gayanya seperti semangat seorang Rijal yang sedang mengangkat senjata..


Aku terus berjalan.. Secara tidak sedar, rupanya aku berada di kawasan hitam. Langkah dilajukan, akhirnya membuatkan aku berkeputusan untuk pulang ke Rumah.


Bagi aku, Sungguh itu antara cara untuk mendapatkan kembali semangat untuk terus kekal berjuang pada طاريق ini. Aku seakan hidup semula untuk terus pikul amanah ini. Allah mustaan.. Sudah cukup untuk aku lari dari masaalah, sekarang adalah masanya untuk berhadapan dengannya.


------------
Sejak dari itu aku sering menziarahi kawasan tersebut, selagi tidak ditahan Polis, tidak dimarah Ikhwah, tidak dipukul Baltoji, badan ini akan sentiasa berkunjung ke kawasan tersebut. Kerana ia (setakat ini, al-hamdulillah) dapat menjamin kelangsungan amal aku, gerak kerja aku. Dapat terus tsabat di atas jalan ini..



Moga kita terus tsabat atas jalan ini. 
.اللهم ثبت قلوبنا على طريق دعوتك



Rofiq Amin
9 Disember 2013
Madinat Nasr, cairo. Egypt

No comments:

Post a Comment