Friday 30 May 2014

Sya'ban, sebuah Persediaan.

Sejauh mana kita mencintai ummat, sejauh itu juga wajib untuk kita cinta akan diri sendiri.

----------
Keberangkatan perginya bulan rejab sudah cukup untuk menyedarkan kita bahawa gerbang Ramadan mulai terbuka, namun disendal oleh sang Sya'ban. menjadikan ia tersekat seketika, barangkali ingin memberi ruang untuk kita lebih bersedia untuk hadapi -nya kelak.

Namun persoalannya adalah; apakah kita cukup bersedia untuk menyambut kedatangan tetamu mulia ini ?.

Ya Tetamu.
kedatangannya tidak lama, 30 hari sahaja. Mulianya kerana berkat dan segala fadilat yang ada bersamanya.

30 hari menuju ramadan, cukup-cukuplah menyesal dengan ramadan yang lepas-lepas.

mengapa tidak kita mula berlatih dari sekarang ?

Beramal dalam bulan sya'ban ini sepertimana kita beramal pada bulan ramadan yang lepas.. akhir sya'ban kelak kita muhasabah, dan terus istiqomah beramal di Bulan Ramadan, bahkan lebih kuat lagi.

Seorang daie, beroleh keredhaan Allah itu adalah matlamat dalam seluruh kehidupannya. Maka lahirlah usaha yang tinggi dengan cara yang pelbagai mengikut kretiviti masing-masing.

Namun, kadang kala kita lupa. terlupa untuk mengisi semula kekuatan yang selama ini Allah beri pinjam pada kita. kita terlalu leka bermanis-manisan dengan mad'u, amal jamaie dan segala kerja luar hingga lupa akan hak sendiri, hati yang telah lama berkarat menyepi sendirian, sudah lama tidak berbasah-basahan dengan Sang Pencipta, sudah lama tidak diberikan Haknya secara telus khusyuk dengan penuh pengabdian antara seorang hamba dengan yang Maha Esa.. Seorang hamba, bukan dua.

kita terlalu sibuk dengan mesyuarat, usrah, pelajaran hingga pukul dua-tiga pagi. Mengapa tidak kali ini kita perlahankan, susun segala urusan dengan bijaksana, lebihkan masa untuk berdua dengan Allah, agar pabila tiba saat janjiNya kelak, kita tidak kaku, kekok untuk terus istiqomah dan bersungguh-sungguh mengejar maghfirah, pelepasan dari api nerakaNya.

Bahkan dengan usaha dan kesedaran seawal ini, memungkinkan kita untuk kecapi raja segala fadilat, tawaran yang diimpi-impikan setiap makhluq, seluruh alam. Lailatul qadr Khairun min ALFi Syahr.

takkan tiap tahun Ramadan kita sama je kan ? ;)

Fokus Mutabaah Amal dan doublekan ia, semoga ramadan kelak ia menjadi triple. ^_^


-----
Rofiq Amin
30 Mei 14
cairo, Egypt

Friday 24 January 2014

Maafkan aku.

Maafkan aku, aku tidak mampu berbuat apa.
Maafkan aku, aku tiada di sisimu.
maafkan aku wahai sahabat...

aku seperti munafiq pengecut di medan.
Apabila saudara yang lainnya berdiri teguh mempertahankan amirnya.

aku kebingungan.

dihadapanku terbentang luas jalan ke syurga.
Namun aku memilih untuk berdiam kaku di dalam Rumah.
Mengkhianati perasaan ini, sememangnya perit untukku hadapi.

Mengapa ?.
mengapa ya Allah..?

Di saat mereka bertarung nyawa bersama anjing-anjing amarika,
aku disini hanya mampu duduk, tertunduk. 
mendengar berita dari alam maya.
khabar berita akan kegagahan perjuanganmu..

Mereka menggelarkan aku sibodoh. berfikir menggunakan kepala lutut.
tapi, hanya Allah mengetahui perasaan ini, 
seperti mengkhianati saudara sendiri. 
hati tak tertahan sekiranya badan tidak bertindak apa-apa.

aku seakan menangis.
linangan air mata membasahi pipi.
mengilau-ngilau mencari Syahid.

Ketahuilah wahai saudaraku, disaaat engkau berjuang di atas jalan-Nya, 
aku sering mengharapkann aku mampu menolong engkau walau dengan apa cara sekalipun..

engkau (Mesir), syria, gaza dll. sentiasa berada di hatiku..

Ya Allah, aku pohon pada Mu hanya satu..
Sucikanlah hati aku, agar tiap amalan yang dilakukan Ikhlas hanya kerna-Mu..
kemudian berilah syahid pada ku..

Hari ini berapa ramai yang telah syahid, sedang aku masih bersenang disini.
Kesyahidan mereka, bukti keikhlasan mereka berjuang atas Jalan-Mu.
Berikanlah aku, dan mereka Syahid.

Menanti hari-hari yang Sukar.
Moga Allah Berikan Syahid dan Syurga pada kita semua, ameenn.

Rofiq Amin
24 Januari 2014
Madinat Nasr, cairo. Egypt.